KUCHING: Setelah lima hari meluangkan masa melawat beberapa lokasi di bandar raya ini serta menyantuni rakyat Bumi Kenyalang, Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat pulang ke ibu negara dengan pesawat khas pada 12.30 tengah hari dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengetuai kenamaan tempatan yang hadir di lapangan terbang itu bagi mengucapkan selamat berangkat kepada Tengku Hassanal dan rombongan.
Sepanjang lawatan kerja di bandar raya ini, baginda berkenan mengunjungi beberapa lokasi ikonik seperti Dataran Ibu Pertiwi, Jambatan Darul Hana dan Muzium Kebudayaan Borneo.
Selain itu, Tengku Hassanal turut melawat pejabat Petroleum Sarawak Berhad (PETROS), Menara Sarawak Energy Berhad (SEB), Algae Nursery Site Resintech Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Pusat Hidupan Liar Semenggoh.
Hadir sama mengiringi keberangkatan pulang baginda ialah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Abdul Rahman Junaidi dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datuk Hii Chang Kee.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 19 2024
Tengku Hassanal berangkat pulang ke ibu negara dengan pesawat khas pada 12.30 tengah hari dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. - Gambar/ FB Jabatan Penerangan Sarawak
16 nyawa terkorban di India dan Bangladesh akibat puting beliung
Sekurang-kuranganya 16 dilaporkan terkorban sementara jutaan terjejas akibat terputus bekalan kuasa susulan angin kencang dan hujan lebat mencetuskan taufan besar pertama tahun ini, melanda pantai India dan Bangladesh pada Isnin.
Dua pegawai kanan polis didakwa terima rasuah RM.125 juta
Ketua Penolong Pengarah Siasatan Perakaunan Forensik dan Ketua Unit Siasatan Jenayah Cryptocurrency, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Selasa.
Kalau ada perkembangan saya akan maklumkan - TPM
Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau sendiri akan memaklumkan perkembangan terbabit jika ada sebarang maklumat terbaru.
Kod QR pelepasan Imigresen di BSI, KSAB akan dimuktamad
Penggunaan kod QR di BSI dan KSAB antara pendekatan dalam menangani kesesakan di sempadan Malaysia-Singapura.
Dua beranak maut rempuh lori parkir tepi jalan
Seorang kanak-kanak perempuan bersama ibunya maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah lori yang diparkir di tepi jalan.
HAWANA 2024 iktiraf peranan pemain industri media - Teo
Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang berakhir semalam menjadi platform untuk meraikan sumbangan para pemain industri media.
Polis buru penyokong rosakkan pagar Stadium MBPJ
Insiden tersebut dianggap sebagai tindakan ganas apabila merobohkan pagar stadium sebagai tanda ingin keluar selepas tamat perlawanan.
Apung harga diesel? Tunggu pengumuman - PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan sebarang tindakan mengapungkan harga diesel mengikut harga pasaran semasa akan dilakukan oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Berkat keyakinan tinggi, Jerman sasar juara Euro 2024
Jerman, mensasarkan gelaran juara Euro 2024 di hadapan peminat tempatan sebagai mercu bermain di tempat sendiri.
Isu gandar : 575 unit Chery Omoda 5 selesai jalani pemeriksaan
Sebanyak 575 unit kenderaan model Omoda 5 keluaran Chery telah diperiksa sehingga 27 Mei, jelas Menteri Pengangkutan Anthony Loke
Hari Gawai platform penyatuan masyarakat pelbagai kaum, agama - Alexander
Perayaan Hari Gawai yang disambut bermula 1 Jun setiap tahun oleh masyarakat Dayak di Sarawak merupakan platform penyatuan masyarakat pelbagai kaum dan agama.
Sarawak akan terokai potensi luar biasa teknologi AI - Abang Johari
Kerajaan negeri akan meneruskan usaha mereka dalam melaksanakan strategi dan penyelesaian digital.
Gudang tidak berlesen simpan beras bersubsidi bernilai RM2.1 juta dirampas
Kawal Selia Padi dan Beras (KPB), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) merampas 645.75 tan metrik beras bersubsidi dalam satu operasi di sebuah gudang di Sibu, Sarawak.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Sarawak yakin pendapatan negeri terus meningkat - Abang Johari
Sarawak yakin kadar pendapatan negeri itu dapat terus ditingkatkan dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini berikutan pertumbuhan ekonomi negeri yang dilihat cukup memberangsangkan.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak sedang dirangka
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka sebagai usaha menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri.
Petros ambil alih aktiviti jual beli gas asli bermula 1 Julai depan
Petroleum Sarawak Bhd (Petros) akan mengambil alih peranan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dalam semua aktiviti jual beli gas asli di Sarawak.
Projek elektrik dari Sarawak ke Singapura akan beroperasi menjelang 2031
Projek sambung tara bekalan elektrik dari Sarawak ke Singapura dijangka akan beroperasi secara komersial pada tahun 2031, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Seri Julaihi Narawi.
Sarawak terima 1,403 permohonan kewarganegaraan individu bawah 21 tahun
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak menerima 1,403 permohonan kewarganegaraan melibatkan kanak-kanak dan individu berusia 21 tahun ke bawah bagi tempoh 2018 hingga 2023.